Monday, January 24, 2011

Kenapa Salahkan aku

hari ini aku tersangatlah sedih.. aku rasa semua dah pandang hina pada aku. aku tak mintak diri aku begini. kalau bertanya kepada semua orang, semua orang akan jawab tak nak begini. Aku yakin 100%. siapa yang mahu dipandang hina?? dipandang rendah??

kenapa tak fikir perasaan aku? dikala aku diperkecilkan, hanya senyuman yang mampu aku tujukkan. tapi semua orang tidak tahu betapa sakit dan pedihnya hati ini. dikala meraka memuji2 orang lain yang lebih bagus dari aku, betapa sakit dan pedihnya hati ini.

Ya Allah, sampai bila harus ku tempuh ujian sebegini?? berapa lama lagi harus ku harung derita sebegini??
Aku sudah tidak sanggup untul lalui semua ini. Otak aku tak sama macam orang lain. Fikiran aku juga tak sama macam orang lain. Tapi kenapa aku disamakan dengan mereka. kenapa buat perhitungan tanpa keadilan. keadilan itu terjadi sekiranya semua orang merasai benda yang sama. semua orang melalui kehidupan yang sama. tiada beza walau sebesar zarah.

aku kesedihan...
kuatkanlah imanku Ya Allah
Janganlah jauhkan aku dari jalanMu Ya Allah..
Tenangkanlah Hatiku Ya Allah...
Hanya Engkau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dari hati kecilku... La Tahzan ya Ukhtie Nurul Shahidah =(

3 comments:

  1. adat manusia selalu suka membandingkan....bersabarlah ye...yang penting Tuhan tak pernah membandingkan kita, sentiasa mengingatinya, InsyaAllah semuanya akan berlalu dengan baik....

    ReplyDelete
  2. banyakkan bersabar... berdoa mohon kekuatan daripadaNya...

    ReplyDelete

Lagu Sekolah Raja Perempuan Taayah,Ipoh