Tuesday, March 29, 2011

Saturday, March 26, 2011

keputusan SPM Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh

pintu gerbang Sekolah Raja Perempuan Taayah




jom kita tengok keputusan mereka


wajah gembira tenaga pengajar.."teacher salwani"


cikgu umi maznom
wajah-wajah pelajar cemerlang sekolah raja perempuan Taayah, Ipoh


Temuramah pelajar terbaik (Noor Shahira) oleh TV Al Hijrah

 Nur Afini, Nur Raihanah, Nur Liyana, Nurul Farhana, Noor Shahira, Siti Nadhirah, Najwa, Nurul Ain, Hannis

12 orang pelajar mendapat straight A....
Duduk dari kiri Farhana, Nur Izzah, Nurlaiqa, Hannis, Nurul Ain
Berdiri dari kini, PK HEM, Hajjah Ummi Maznom, Nur Afini, Liyana, Najwa, Nur Raihanah, Siti Nadhirah, Nur Hazwani, Noor Shahira, PK Pentadbiran Hajjah Noor Aini

Berikut adalah senarai Pelajar Terbaik SPM 2010 dengan keputusan 12A
1.  Noor Shahira bt. Ahmad Kamal  9A+  2A   1A-
2. Nurul Ain bt. Hamzah 6A+ 6 A
3. Siti Nadhirah bt. Zahari   3A+  6A  3A-
4. Nurul Farhana bt. Mohd Amin 4A+ 6A 2A-
5. Hannis NurulAinie bt. Mat Som  4A+ 4A  4A-
6. Najwa bt. Shahrir   4A+  5A  3A-
7. Nur Liyana bt. Malek   4A+  5A  3A-
8. Nur Raihanah bt. Mohd Shobri  2A+ 6A 4A-
9. Nur Afini bt. Razali 3A+ 4A  5A-
Straight A untuk kelas Thanawi
1. Nur 'Izzah bt. Mohamad Zahid 4A+ 7A
2. Nurzulaiqa bt. Nazri 4A+ 6A
3. Nur Hazwani bt. Rifai  4A+ 2A 4A-
Prestasi Sekolah-Sekolah Negeri Perak Mengikut Gred Purata Sekolah GPS
1. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1.63
2. SPP Intergrasi Gopeng  1.94
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) 2.01
4. SMK Bagan Datoh 2.13
5. SMK Sains Raja Tun Azlah Shah (SERATAS) 2.19
6. SM Sains Teluk Intan 2.25
7. Sekolah Raja Perempuan Taayah 2.40
8. Sek. Izzuddin Shah 2.56
9. SMKA Kerian Semanggol 2.71
10. SMK Ave Maria Convent Ipoh 2.75
Tahniah kerana sekolah taayah menduduki tempat ke tujuh dan juga merupakan sekolah agama terbaik negeri perak.

Sekolah ICT Terbaik Perak
Tahniah juga kepada pelajar ICT 2010 kerana berjaya merampas kembali tempat pertama dengan ini sekolah Raja Perempuan Taayah adalah sekolah Subjek ICT terbaik negeri perak. Terdapat 50 buah sekolah yang menawarkan subjek ICT dinegeri perak. Terima kasih kepada pelajar ICT tahun 2010 kerana berjaya mengharumkan nama sekolah.
Keputusan penuh SPM 2010



Tuesday, March 22, 2011

register churpchurp dapat duit

assalamualaikum
hati ini aku nak promote korang churpchurp. aku pon kurang arif pasal ni. tapi yang pasti tak rugi pon korang join ni.
tak keluar modal apa2..

so, segalanya akan korang tahu bila register.. sila klik gambar  bawah ni untuk register

lain-lain aktiviti churpchurp

DIGI

IPHONE 4

Earn points five times more with just a simple step!

If only travelling is an occupation.. Don't we all wish the same?

Guess the guest!

Cash Me!!

ok, try la.... belum cuba belum tahu =)

Saturday, March 19, 2011

hari ini...aku....

assalamualaikum semua..
hari ini aku tanam pokok bunga nak letak keliling rumah aku.. tapi aku cari tanah dulu untuk semai pokok tu dulu..
teringat masa aku sekolah rendah dulu, aku suka korek tanah guna cangkul nak cari cacing. saje suka2...

hari ini aku korek tanah nak tanam bunga..jumpa cacing..haha...

ni la rupa cacing..
aku pegang cacing sebab nak bagi burung makan tadi..tapi burung tu cam tak nak makan je..kesian aku..
k la babai.. ntah pape je post pasal cacing...da........

Thursday, March 17, 2011

siapakah lelaki itu?

mungkinkah dia yang akan bertakhta di hati. siapakah "dia"? RAHSIA!!



so, suhail yang tak hensem tu baru sahaja pulang dari Singapura. Maka, kontrak dia menjadi pensponsor hadiah untuk kontes muka paling masam masih dalam tanggungjawabnya..(hahaha)
seronok aku tengok dia bermadu asmara di Singapura. bila nak bawak aku pulak?(muka mengharap)


gambar 1
muka serius sangat la en.suhail
lagi2


bakal building surveyor
semoga en.suhail berjaya menjadi building surveyor



korang nak tahu tak ciri-ciri suami idaman aku? macam ni...
- suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah
- suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah
- suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya.

Monday, March 14, 2011

peserta kontes muka paling masam

hai, selamat kembali.. ~ecah~


assalamualaikum..
actually, dah lama aku tak online. aku sedang sibuk mencari kerja. so kat sini aku nak senaraikan peserta2 yang telah bermurah hati & perasaan untuk join kontes aku tak seberapa ni.
sebenarnya memang susah pon nak cari muka masam. tapi thanks sangat kepada yang sudi jugak join.

peserta-peserta kontest muka paling masam:

  1. http://bella0107.blogspot.com/2011/02/kontes-muka-paling-masam.html
  2. http://hae-wonfarahaisyah.blogspot.com/2011/02/kontes-muka-paling-masam.html
  3. http://misstunku.blogspot.com/2011/02/kontes-muka-paling-masam.html
  4. http://memoimiong.blogspot.com/2011/02/kontes-muka-paling-masam.html
  5. http://makcikpotpet.blogspot.com/2011/02/kontes-muka-paling-masam.html
  6. http://abbeydawnz.blogspot.com/2011/02/kontes-muka-paling-masam.html
  7. http://dillanur.blogspot.com/2011/03/kontes-muka-paling-masam.html
setakat ni cuma 7 orang yang telah join..
masih ada lagi peluang untuk sape2 yang nak join..

ini adalah kontes pertama yang pernah aku buat..
untuk join, klik SINI
terima kasih semua..

en.suhail, pensponsor hadiah sekarang ada kat singapura.. wat survey.. semoga dia bakal menjadi surveyor yang berjaya kelak..amin..

Wednesday, March 2, 2011

Contest: Sucikan Rân Dengan Taubat

Assalamualaikum wbt..

Bismillahirrahmaanirrahim. Dengan ini saya melancarkan contest yang tiada tarikh tutup untuk diri sendiri dan semua yang membaca belog ini. Hadiahnya straight dari Allah, insyaAllah sangat bernilai dan pasti lebih mahal dari mana-mana hadiah yang pernah ditawarkan di muka bumi blogger ni.  

Taubat: Pintu Gerbang Kehidupan Baru
Kalam agungNya dalam Surah al-Baqarah [2:222]:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri."

Saya meneliti bahawasanya Islam sangat mementingkan kesucian diri  lahiriyyah dan batiniyyah (luar dan dalam), contohnya manusia tidak dapat lari dari terkena kotoran samada berupa debu, najis dan sebagainya. Lalu, Allah memerintahkan manusia dengan berwudhu' untuk menyucikan diri dari debu-debu dan mikroorganisma2 yang melekat pada tubuh. Kemudian memperbaharui wudhu' itu lagi setiap kali hendak bersolat. 5 kali solat, 5 kali wudhu', 5 kali kita bersih dari kotoran. Jika dah bersih dan suci dari kotoran, susah kan nak kena penyakit? Malah ada kajian mengatakan kulit yang bermasalah (berjerawat dsb) boleh dikurangkan hanya dengan kerap berwudhu'. Bukan itu sahaja kelebihannya, malah disebut dalam hadis, Rasulullah menanti orang2 yang mempunyai tanda-tanda putih di kepala dan kakinya kerana bekas wudhu'. Dan baginda menanti di telaga Kautsar di akhirat kelak. Dah ambil wudhu', jangan lupa solat plak.

Itu dari kesucian luarannya. Bagaimana pula mensucikan seluruhnya luar dan dalam?; dari noda dan dosa-dosa silam tidak kiralah kecil atau besar dosa itu. Ya, Taubat Nasuha. Untuk memulakan kehidupan baru, tidak cukup hanya dengan azam dan perbuatan, tetapi perlu dibuka dengan Taubat. Jika dah berubah, tetapi tidak bertaubat saya kira ianya tidak balance.

Jangan Takut 'tuk Sujud Bertaubat

Dalam riwayat Muslim ada menyebut, dari Abu Musa bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah membukakan TanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan dosa pada petang harinya. Allah juga membukakan TanganNyapada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa pada malam harinya, sampailah matahari terbit dari tempat tenggelamnya (kiamat)."
Lihat, 24 jam waktu Allah buka untuk mengampunkan dosa-dosa kita. Betapa Pemurahnya Tuhan kita. Masjid pun tak bukak 24 jam kat Malaysia ni. Tapi kita masih lagi menangguh-nangguh, menunggu-nunggu, beralasan 'tak sampai seru lagi' (ala2 kaum Jabbariyyah), masih tak ready untuk bertaubat. Hairan. Saya pun juga hairan dengan diri sendiri. Lebih kurang je. Peluang kat depan mata, tapi taknak jugak grab cepat-cepat. Bila dah nyawa di kerongkong, pintu taubat sudah tertutup. Menyesal pun dah tak guna.

Apakah itu Rân?

Firman Allah dalam Surah al-Muthaffifin [83:14]:





Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.
Dengan kata lain, saya fahami sebagai kotoran yang berupa titik-titik hitam yang kita kumpulkan sehari-hari bersumber dari dosa-dosa kecil sehinggalah dosa besar. Kotoran hitam pekat yang menyelaputi hati kita. Tiada cara lain untuk membersihkan Ran ini kecuali dengan taubat dan mohon keampunan dari Allah. Pentingnya buang Ran ni sebab jika hati dah hitam, hidup akan jadi tidak bertujuan. Iman tergugat, tercabut iman. Tidak tenang, resah gelisah, cepat marah, murung, sakit hati, sakit hati pada orang lain dan sedih. Semuanya adalah kerana Ran inilah. Segala penyakit jiwa dan hati adalah kerana kuantiti Ran yang menancap kuat pada hati kita. Mari kita nyahkan Ran ini dengan taubat. Stop maksiat, mari taubat. Ayuh!

Untuk berjuang, membangunkan umat, menjaga umat Islam dan agama kita..marilah kita taubat. Buang Ran, hidup tenang. InsyaAllah.


Cara Taubat Paling Senang

Solat sunat dua rakaat diniatkan dengan sungguh-sungguh semata2 memohon keampunan dari Allah. "Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala". Bacalah apa sahaja surah yang diketahui. Yang penting, insaf betul-betul, tidak lagi mengulangi dan mengharapkan hidup baru dalam redha Allah.

Saya doakan diri saya berjaya taubat. Juga kamu sekalian. Amin.



Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menzalimi diri sendiri dan berbuat zalim pada orang lain. Ampuni aku Ya Allah! Ampuni aku..Pimpinlah daku, luruskanlah hatiku. Kawallah mazmumahku agar tidak merosakkan agamamu dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain.....



 Mini stamp-banner utk contest ini. Amiklah dan guna di belog masing2.

entry ini adalah hak milik belog selamattinggal...
Lagu Sekolah Raja Perempuan Taayah,Ipoh