Tuesday, December 28, 2010

Chat FB macam YM

salam sejahtera.. hari nampaknya aku TERajin nak update blog aku. aku harap apa yang aku sampaikan ni sangat berguna untuk korang semua. tadi aku jalan2 cari kawan kat blog. tiba2 aku TErjumpa secara tidak sengaja, salah 1 medium lain chat kat fb tanpa perlu login kat :

cara biasa yang kita selalu buat

ha...best tak. tak best pun tak apalah. korang cubalah... kot2 korang malas nak tengok status2 kat fb korang ke. mungkin ini cara yang sangat sesuai especially kepada korang2 yang nak exam ke, test ke, quiz ke..
mustahil sangat la kalau korang login facebook korang, dan bila dah seminit korang logout...lain la aku. 

so, aku suggestkan cara yang paling selamat ialah guna benda alah ni:

emel dan password fb korang

bila korang login, akan jadi seperti gambar di bawah ini:




1 eksperimen telah aku jalankan terhadap seorang mamat ni... terima kasih kepada pak cik Nadzme Nadzem  (jangan marah) kerana sudi menjadi bahan eksperimenku.
inilah hasil eksperimenku....


juga diucapkan terima kasih blog civil enginearing. tanpa wujudnya blog beliau maka aku tak akan jumpa benda alah ni.

kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba dan nak memuat turun software ni boleh la klik DI SINI..
selamat mencuba....


hari terakhir di rumah kakak

hari ni aku tinggal sorang2 lagi bersama aisyah. kakak aku pergi test lesen, dan abang ipar aku pergi kerja.
sarapan aku pagi ni bihun goreng dengan telur mata. kenyang la jugak, Alhamdulillah. macam biasa aku kena layan aisyah. tadi makcik aku call tanya bila nak balik rumah. aku cakap petang atau malam. mak cik aku kena pergi terengganu. dia baru dapat tawaran jururawat setelah sekian lama menunggu panggilan SPA. tercapai juga hasrat mak cik aku..

mak cik aku
terkejut tak tengok gambar makcik aku??? kecik kan??? muda kan??? mak cik korang mesti dah tua2..haha..memain je. Actually, ni makcik tiri aku. Dan kitorang kena panggil mak long. Tok muda aku selalu suruh panggil mak long. tapi aku tak pernah panggil. adik beradik aku pun tak pernah panggil mak long. kitorang panggil "zila" je. dia ni sebaya dengan adik aku, lahir tahun 1990. Muda setahun je dari aku. Habis sudah cerita pasal zila ni.

kita buka cerita pasal aisyah pulak. Aku tak tahu sekarang dia buat apa sebab aku kat dalam bilik. aku rasa dia tengah tengok cerita Tom and Jerry.. sapa yang tak tahu ni la Tom and Jerry

tengok la ea

sekarang korang dah tahu kan. aisyah hari ini lambat mandi. susah betul nak suruh dia mandi.. dia tak habis2 suruh aku bagi dia ais krim.puas mengelak tapi dia nak jugak. bukan aku tak nak kasi, tapi dia selesema.

ni la rupa bila dah dapat aiskrim



tengok la baju dia



dah dapat makan aiskrim baru dia nak mandi. itu pun aku terpaksa bawak 2 ekor ni mandi bersama2.

dolphin dan wiranya..
selalunya aku bawak dolphin je dy dah nak mandi. kadang2 bawak ultramannya. tapi arini kena dua2.. sekarang ni aisyah dah tidor. agaknya mengantuk sangat tu. inilah hasilnya selepas aku bagi mandi...







ok la korang. aku nak sidai baju ni. tq coz always follow this blog.. Assalamualaikum 









Monday, December 27, 2010

bosan

kenapa ea?? aku tersangat bosan sejak akhir2 ini. bukak facebook pon tak ada benda nak buat. Hurm..
saje jer aku gagahkan tangan aku untuk menaip supaya, mak ai..terskema pulak aku dapat menghilangkan rasa bosan yang membelenggu diriku ini.

kalau bukak facebook, perkara wajib yang aku buat ialah main game cityville.. moh la ramai2 main, ramai2 tolong aku memajukan bandarku itu.

esok insyaAllah aku balik rumah kot. So, macam biasa, aku dah tak boeh nak online selalu. maka blog ni pun akan lambat la untuk diupdate. Kerja aku cuti2 ni kena basuh berak anak buah aku Aisyah Dalisya. Dia suka konpius panggil aku dengan panggilan untuk adik aku. Aku ni mak andak. Adik aku mak tih. Si kecik tu kadang2 panggil mak andak, kadang2 panggil mak tih. Tapi sekarang dia dah tahu nak panggil aku apa.

Dan tiap kali aku tutup pintu bilik mesti si ecah tu nak masuk. Mula lah dia ketuk pintu suruh bukak. mak, layan lah aku dengan karenah dia. 1 yang paling aku suka.. tiap kali aku nak nyanyi, dia mesti tiru gaya aku. mimik muka pun dia ikut. tu yang suka tu..haha..
ok lah korang. aku saje je ni.. da kering idea nak tulis ape..
kesian korang kena baca tulisan aku yang takda faedah ni. jangan marah.. see u all..

aisyah setia bersama ultramannya


ni masa dia suruh aku tangkap gambar dia..sebab tu kaku

dari tepi..macam aku pun ada

aku suruh kembangkan tangan, tapi dia tak reti

setelah halau dari bilik, maka pergilah dia bersama wiranya...




sedikit tentang aku

Nama diberi Nurul Shahidah binti Arshad.
Korang boleh panggil aku Eda, Shida, Nurul, ataupun Sushi..
Sejarah panggilan aku tu... 

Eda sebab semua family aku panggil Eda...

Shida pulak dapat masa aku kat SERATA dulu..sebabnya ada la kawan aku ni namanya Shahidatul Azwa yang dah x tau nak bagi gelaran apa.. kalau shahida, aku pun shahida.. kalau azwa, ada sorang ni dah nama Azuwa... last2 aku Shida dan dia Shidat... Dia la kawan aku yang agak rapat masa kat sekolah dulu..

Nurul pulak, doktor2 kat Uitm yang kasi nama..da kenal da aku sebab kerap sangat pergi Unit Kesihatan..
Al maklumlah, antibodi lemah..sakit2 aje..

Sushi pulak... nama ni agak special... kawan2 aku yang rapat ngan aku yang kasi nama...
siapakah  mereka???
mereka ialah Dayah,Yan, Teha, Na, Ana dengan Mun....
sebab ape diorang panggil sushi?? sebabnya hasil gabungan "suhail" dan aku, "shida"... hakhakhak..sweet kan..
so, lame2 orang lain pon ikut panggil sushi..dak uitm aku je la.


Sekarang ni aku menetap di Sungkai, Perak.
Tarikh lahir aku pada 1 Oktober 1989
Anak ke 5 daripada 9 adik beradik.
Tinggi aku sekarang 153 cm dan berat 36 kg
aku paling suka wane Pink..

Education
1995 - Tadika Kemas, Felda Gunung Besout 4
1996 - Sekolah Kebangsaan Besout Empat
2002 - Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Perak
2007 - UiTM Seri Iskandar

kenapa aku bagi nama www.kushidakushi.blogspot.com???
hahaha... macam unik kan???
aku lah shida, akulah shi. sebab tu jadi kushidakushi..

aku rase cukup la sekadar ni untuk aku perkenalkan diri aku...
ni sebenarnya blog aku yang ke 3... yang lagi 2 blog aku malas nak update..
aku  rase blog terakhir ni, InsyaAllah akan terupdate.. doa2 lah ea...


ni gambar aku dengan Teha si budak kelantan

si wajah ayu, Yan


aku ngan mun

dayah (pakai baju merah), kawan baru aku.







Lagu Sekolah Raja Perempuan Taayah,Ipoh