Saturday, January 29, 2011

blogger ensem n cantik nak kawan dengan org setaraf je...haish.. xpaham aku..

dari pemerhatian aku la... takde la perhati mane.. blogger yang boleh dikatakan hensem dan cantik ni hanya nak kawan dengan orang sama hensem dan sama cantik dengan dia.. benci aku kalau kawan dengan orang camtu..
kesian orang yang tak hensem dan tak cantik macam aku ni...


blogger hensem dan cantik

blogger tak hensem



aku ada la follow blog seorang hamba Allah ni.. selalu gak la aku singgah blog dia, tinggal jejak.. tapi dengan hampa, aku rasa dia tak pernah pon nk datang blog aku.. aku tak kesah pon sebenarnya.. tapi aku kurang berkenan la dengan orang2 macamni....
so, kesimpulan kat sini, jangan la memandang seseorang itu daripada paras rupa.. kerana semua itu tak menjamin apa2... mana tahu kalau nasib kita jadi lain 1 hari nanti.. kawan yang selama ini bersama kita pergi tinggalkan kita...

tet....

resepi kek chocolate moise

 

Bahan-bahan ( loyang 9 in (tinggi 3in) )

  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • Utk choc ganache:
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter 

Cara-cara

  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  6. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  7. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
  8. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas. 
sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/3924

Tuesday, January 25, 2011

6 Cara Blog Beri Anda Pendapatan

 sumber : http://www.iluvislam.com/pendidikan/kewangan/786-6-cara-blog-beri-anda-pendapatan.html

Semasa tahun 90-an, dunia internet lebih ke arah messaging dan juga laman web. Tetapi mengikut peredaran masa,blog menjadi satu medium yang semakin meningkat naik dalam mencapai target yang dihajati oleh individu.

Ada yang ingin memberi maklumat kepada orang ramai, meluaskan pengaruh politik, membina jenama,menulis diari,berhubung dan membina jaringan, kembangkan perniagaan dan tidak kurang juga yang menjana wang dengan aktiviti blogging.

Kini, pemilikan blog semakin menjadi mudah dengan menggunakan platform blogspotataupun wordpress. Sesiapa sahaja mampu untuk memiliki blog, dari seorang pelajar sehinggalah ke pensyarah, dari pemandu teksi sehinggalah pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan raya Malaysia.

Adakah anda tahu, ramai yang menjana pendapatan pasif melalui blog masing-masing. Bloggers dari luar negara menjana tidak kurang dari RM4000 sebulan hanya melalui adsense sahaja.

Err,apa itu adsense? Akan diterangkan pada perenggan seterusnya. Teruskan pembacaan anda...
Bagaimana blog menjadi sumber pendapatan yang lumayan buat pemiliknya? Sudah pasti dari sumber pengiklanan dalam sesebuah blog.

Sumber pengiklanan ada dua, dari pihak ketiga mahupun pemilik blog itu sendiri yang meletakkan iklannya. Pihak luar akan membayar sejumlah nilai tertentu untuk beriklan dalam sesebuah blog.
Sudah tentu kos pengiklanan itu ke kantung pemilik blog.

Pemilik blog pula boleh mendaftarkan diri untuk iklan adsense. Adsense adalah iklan yang disediakan oleh pihak Google untuk diletakkan dalam website masing-masing. Apabila ada klik terhadap iklan itu,maka pemilik blog akan mendapat hasil komisien.

Selain dari Google, antara syarikat pengiklanan pihak ketiga adalah seperti Nuffnang, Adbrite dan Mangga Adds. Mereka ini juga menyediakan iklan untuk pemilik web dan blog.

Antara contoh iklan yang mudah dilihat adalah seperti banner iklan yang terdapat di dalam sesebuah blog. Iklan teks pun boleh dikira sebagai iklan.

Setiap blog, jika diperhatikan mempunyai tema yang tersendiri. Ada blog untuk aktiviti lasak,blog resepi,blog perniagaan,blog hobi,blog komuniti, blog pojok, blog politik, blog gosip artis dan sebagainya. Pendek kata,setiap blog ada profesion masing-masing.
Katakan blog anda terkenal dalam niche tentang pendidikan. Anda boleh membuat review tentang sesuatu produk yang akan dilancarkan.

Sebagai contoh, sebuah buku bertajuk "Teknik Belajar Berkesan" akan dilancarkan oleh sebuah syarikat. Anda boleh mengambil upah untuk mereview buku tersebut di blog anda.
Tulis serba sedikit tentang buku itu untuk tatapan pembaca blog anda. Insyaallah, bayaran untuk sesuatu review tidak mengecewakan. Kalau tolong mempromosi lagi banyak yang akan anda dapat.
Anda boleh mereview apa sahaja produk yang bakal dilancarkan,sama ada perkhidmatan,produk fizikal/digital dan juga khidmat perseorangan.

Asalkan anda rajin mencari peluang untuk mempromosi blog anda pada orang yang sepatutnya.
Setelah terkenal,syarikat pula yang akan meminta khidmat review anda. Yakin dan pasti dengan blog anda.
Perkara ketiga bagaimana kita menjana wang dengan berblogging adalah dengan menyertai affiliates.
Apa itu affiliates? maksud mudahnya, kita menjadi salesman untuk produk orang lain, dan mendapat komisien atas setiap jualan dari link web kita.

Anda menyertai affiliates produk percintaan yang sedang hangat di pasaran, blog anda pula memang ditulis oleh seorang mat romeo.. Wah,sudah pasti jualan dari link anda bertambah!.
Anda hanya perlu menggunakan beberapa teknik mudah untuk mempromosi link anda itu di blog anda.
Pasti tidak mengecewakan. Antaranya meletakkan banner produk affiliates anda, review untuk produk tersebut, dan promosi melalui feedburner anda.

Page ranking juga boleh di sewa untuk pemilik blog yang lain mengambil faedah atas link exchange. Katakan sesuatu laman web tersebut memiliki laman web yang tinggi page ranknya, dia boleh mengenakan bayaran untuk meletakkan link blog/web lain pada blognya.

Katakan page rank blog anda adalah 7, dan ada blog lain ingin meletakkan link blognya sebagai exchange link, tetapi blog itu baru 2 bulan dan page rank 0, maka anda boleh mengenakan kadar sewa mengikut suka hati anda lah untuk meletakkan link blog si polan itu.

Err, apa guna page ranking dan exchange link ini? Page ranking yang tinggi menunjukkan yang sesebuah web itu mendapat traffic yang tinggi dan popular di search engine.
Manakala link exchange adalah untuk meningkatkan backlink url blog anda. Semakin banyakbacklink [link blog anda di web orang lain] maka semakin mudah untuk sesebuah blog di search oleh search engine.
Ini bermakna,blog anda akan berada di kedudukan teratas dalam enjin pencari seperti Google,Yahoo,Bing dan Live contohnya.

Anda memang mempunyai idea yang mencurah-curah? Gaya penulisan anda memang umpphhh? Mampu memberi kepuasan kepada para pembaca?
Ya,setiap dari kita mempunyai gaya penulisan yang tersendiri dan itu yang membezakan seseorang bloggers dengan bloggers yang lain. Penulisan anda memang sungguh kreatif dan mempunyai tarikan yang tersendiri.
Maka,dengan penulisan anda,boleh ajar buat novel online,cerita bersiri,mahupun apa sahaja tentang penulisan. Buat satu membership site yang ekslusif untuk ahli premium sahaja dapat membaca penulisan kreatif anda itu.
Nah,anda mendapat income dengan kadar pembayaran untuk membership site blog anda. Mudah tetapi sukar untuk dicapai.
Anda memang seorang yang suka menulis aka menaip? Apa kata menjadi seorang freelance untuk menulis artikel. Satu artikel yang anda karang boleh ajer dijual pada harga yang berpatutan.
Err,bagaimana nak jual? opss... caranya mudah dan flexible. Hubungi pemilik blog yang anda lihat jarang untuk mengupdate blognya. Hubunginya dan beritahu hasrat anda yang mahu menulis artikel untk blog itu.
Apa?? Tak diterima!?? Blog di internet ini ada berjuta-juta. Pasti ada rezeki untuk awak. Teruskan usaha. Melalui idea anda juga, anda boleh menjual idea untuk pengguna internet yang lain.
Idea anda itu diformatkan ke dalam bentuk pdf atau dalam bahasa lain menjadi ebook.
Dan melalui ebook,ramai Internet Marketers dalam negara mencapai income 6 angka dalam masa kurang dari 30 hari! Maklumat dan info dalam fikiran anda itu sebenarnya amat-amat bernilai.
Cuma anda yang perlu sedar akan potensinya dan yang paling penting,bertindak!
Kaedah menjana wang melalui blogging untuk point yang terakhir adalah dengan menawarkan khidmat melalui blog anda.

Katakan anda pandai dalam interior design, boleh ajer menyatakan khidmat anda di blog, saya pasti,anda akan mendapat pelanggan dengan mudah.
Selain itu,servis seperti mereka laman web,mengedit script,install software,designer dan sebagainya menjanjikan pulangan yang berbaloi,asalkan anda serius untuk buat duit melalui blog.
Selain itu, anda juga boleh memanipulasikan blog anda untuk memasarkan servis orang lain, anda hanya ambil untung atas angin. Hehe..rahsianya?

Katakan anda tinggal di Jitra, dekat dengan dR Rozmey punya kilang, jualkan produk itu di blog anda tetapi ambil untung atas caj wang pos. Kan untung tu...
Baiklah, itu adalah 6 teknik bagaimana blog mampu memberi pulangan yang lumayan untuk pemiliknya. Sekiranya anda masih beralasan untuk tidak memiliki blog anda sendiri, anda sebenarnya yang rugi. Mengapa saya berkata demikian?
Dengan menyebarkan ilmu melalui blog juga akan meningkatkan saham akhirat kita. Katakan 100 orang mengamalkan teknik dan ilmu yang anda ajar diblog anda,maka amal jariah anda sudah bertambah. 3 amalan yang tidak akan putus pahalanya sehingga ke kubur adalah:
  1. Ilmu yang diamalkan oleh pelajar si mati
  2. Sedekah jariah oleh si mati
  3. Anak soleh yang mendoakan si mati
Jika anda masih beralasan, tidak mengapa,semoga anda selesa dengan kehidupan anda sekarang. Bukankah sharing is caring?? Moga dengan penyampaian artikel saya, anda akan beroleh manfaat darinya.

Monday, January 24, 2011

Kenapa Salahkan aku

hari ini aku tersangatlah sedih.. aku rasa semua dah pandang hina pada aku. aku tak mintak diri aku begini. kalau bertanya kepada semua orang, semua orang akan jawab tak nak begini. Aku yakin 100%. siapa yang mahu dipandang hina?? dipandang rendah??

kenapa tak fikir perasaan aku? dikala aku diperkecilkan, hanya senyuman yang mampu aku tujukkan. tapi semua orang tidak tahu betapa sakit dan pedihnya hati ini. dikala meraka memuji2 orang lain yang lebih bagus dari aku, betapa sakit dan pedihnya hati ini.

Ya Allah, sampai bila harus ku tempuh ujian sebegini?? berapa lama lagi harus ku harung derita sebegini??
Aku sudah tidak sanggup untul lalui semua ini. Otak aku tak sama macam orang lain. Fikiran aku juga tak sama macam orang lain. Tapi kenapa aku disamakan dengan mereka. kenapa buat perhitungan tanpa keadilan. keadilan itu terjadi sekiranya semua orang merasai benda yang sama. semua orang melalui kehidupan yang sama. tiada beza walau sebesar zarah.

aku kesedihan...
kuatkanlah imanku Ya Allah
Janganlah jauhkan aku dari jalanMu Ya Allah..
Tenangkanlah Hatiku Ya Allah...
Hanya Engkau Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dari hati kecilku... La Tahzan ya Ukhtie Nurul Shahidah =(

Sunday, January 23, 2011

Aku DAn MESTICA..... EGois








Katamu apa yang kau impikan
Segalanya kan pasti jadi kenyataan
Setiap apa yang kau inginkan
Sekelip mata dalam genggaman
Nadamu berbaur keegoan
Katamu kau tak perlukan teman
Walaupun sendirian
Walaupun kesunyian
Kau punya segala kelebihan

Bibirmu ketandusan senyuman
Jeling pandangan hanyalah di ekor mata
Atur langkah penuh keangkuhan
Gerak gaya lambang kemegahan
Kau terlupa apa yang kau ada
Segalanya kurniaan yang Esa
Hanya seorang hamba
Yang diuji imannya
Dengan kenikmatan dunia

Bicara hatimu tentang sepi
Sengaja tak pernah kau akui
Bagaikan sang merak
Yang indah bulunya
Namun tidak mampu
Terbang ke angkasa

Andai dibiar keegoan
Meratah hati dan perasaan
Usah kau pertikaikan jiwamu
Mengapa tiada rasa ketenangan
Pernahkah terlintas di minda
Ketika kau kesusahan
Siapakah yang kan hadir menjadi pembantu

Bukan ku sengaja
Mencari silapmu
Engkau ku rasakan
Mampu menjadi sandaran
Sedarlah jasa baktimu diperlukan
Curahkan pada insan yang memerlukan

Saturday, January 22, 2011

Indahnya C.I.N.T.A

"Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya mengalir tenang dan angin bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini berzikir kepada Allah," kata Abu Salleh Jangi Dost sendirian lalu melabuhkan punggungnya ke tebing sungai. Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan Jilan adalah sebuah pekan kecil yang di negeri Parsi. Di situlah tempat tinggal Abu Salleh. Beliau berasal daripada keturunan Imam Hassan, salah seorang cucu Nabi Muhammad.

Semasa Abu Salleh sedang berzikir, dia terpandang sebiji epal yang hanyut di bawa arus sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak semalam berbunyi beberapa kali. "Mungkin ini rezeki saya," bisik Abu Salleh kepada dirinya sendiri lalu mengambilnya. Tanpa bertangguh lagi, beliau mengharungi sungai cetek itu dan mencapai buah epal yang dibawa arus. "Inilah rezeki saya hari ini." 




Abu Salleh memakan epal itu sehingga habis. Tiba-tiba, beliau berdiri dengan wajah pucat lesi. "Saya memakan epal ini tanpa izin tuannya. Milik siapakah epal ini?" Anak muda itu merenung seketika ke arah hulu sungai. "Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai." Sebaik sahaja menarik nafas, kakinya melangkah menyusur tebing sungai menghala ke hulu sambil memerhati ke sekeliling kanan dan kiri sungai sekiranya ada pokok epal di situ. Jauh beliau berjalan meninggalkan pekan Jilan yang sudah tidak kelihatan lagi. "Langsung tidak kelihatan walau sepohon pokok epal." Kakinya semakin lemah. Namun, beliau terus melangkah sehingga akhirnya sampai ke sebuah ladang epal yang sangat luas. "Syukurlah! Akhirnya saya menemui sebuah ladang epal. Saya yakin epal yang saya makan tadi datang dari ladang ini. Lebih baik saya segera menemui tuannya." Abu Salleh melangkah lemah terus memasuki ladang epal dan menemui pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh Abdullah Sawmai berasal dari keturunan Imam Hussin, salah seorang cucu Nabi Muhammad juga.

"Saya memohon maaf dan mohon dihalalkan sebiji epal yang saya makan," pinta Abu Salleh kepada Sheikh Abdullah. Beliau menceritakan segala hal keterlanjurannya memakan sebiji epal tanpa usul periksa siapa pemiliknya. Sheikh Abdullah mendengar dengan teliti setiap apa yang diceritakan kepadanya. Matanya memerhati dari hujung rambut hingga hujung kaki sepanjang Abu Salleh bercerita. Sebaik sahaja Abu Salleh habis bercerita, Sheikh Abdullah tersenyum. Syeikh Abdullah menarik nafas panjang dan  berkata, "Saya dapat memaafkan saudara dengan satu syarat." "Katakanlah apa syarat itu? Saya cuba memenuhinya," jawab Abu Salleh. "Saya mahu saudara bekerja di ladang epal ini selama dua belas tahun." Tanpa banyak soal, Abu Salleh menganngguk dan menyatakan persetujuannya. Keesokan harinya, bekerjalah Abu Salleh di ladang epal milik Sheikh Abdullah itu sehingga dua belas tahun lamanya.

Akhirnya, tamatlah tempoh dua belas tahun lalu Abu Salleh menemui Sheikh Abdullah. "Saya sudah menunaikan syarat tuan. Halalkan epal yang saya makan itu." "Saya mengenakan satu lagi syarat kepada saudara."  Balas Abu Salleh, "Katakanlah syarat itu, saya tunaikan." "Syaratnya adalah saudara mesti mengahwini puteri saya." Terkebil-kebil mata Abu Salleh mendegar syarat kedua yang dituturkan pemilik ladang epal itu. "Tetapi biarlah saya berterus terang berkaitan dengan keadaan puteri saya itu." "Katakanlah. Saya cuba patuhinya." "Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua?" Abu Salleh memandang ke arah Sheikh Abdullah dan memberikan sebuah senyuman. "Saya mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan sebiji epal yang saya makan tanpa izin dua belas tahun yang lalu."

Pada hari yang ditetapkan, majlis perkahwinan antara Abu Salleh dan Ummu Khair dilangsungkan. Pada malam perkahwinan, Abu Salleh masuk ke bilik pengantin dan memberi salam kepada isterinya yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Sebaik sahaja isterinya menoleh menyambut salamnya dan melihat ke arahnya, Abu Salleh terkejut. "Bukankah bapa mertuaku mengatakan isteriku seorang yang lumpuh, buta, pekak dan bisu?" Abu Salleh tersentak. Beliau segera beredar meninggalkan bilik pengantin yang dihias indah merayakan pernikahan mereka lalu berlari ke ruang tamu mencari bapa mertuanya. "Adakah perempuan lain di dalam bilik pengantin?" Sheikh Abdullah tersenyum, "Perempuan yang berada di dalam bilik pengantin itulah puteri saya, Ummu Khair Fatimah." "Bukankah isteri saya lumpuh, buta, pekak dan bisu?"

Sheikh Abdullah mengangguk dan tersenyum. "Saya mengatakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat maksiat. Saya mengatakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar perkara terlarang. Saya katakan dia busu kerana tidak pernah melihat perkara yang haram dan saya mengatakan dia bisu kerana dia tidak pernah menuturkan perkara yang sia-sia."

Wajah Abu Sallehyang kebingungan kemudian berseri-seri. Bibirnya  mengukir seribu senyuman mendengarkan kata-kata Sheikh Abdulah. Abu Salleh menadah tangan, "Ya Allah, hamba mengucapkan syukur yang tidak terhingga." Hasil perkahwinan Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah ini lahirlah seorang ahli agama yang terkenal diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani. Beliau digelar Mahyuddin yang bermaksud menghidupkan agama.


Friday, January 21, 2011

Jana pendapatan daripada Blog.. siriYes berKEsan!!

belum cuba belum tahu!!


salam kepada semua blogger yang sudi baca entry aku ni. Ada berita baik aku nak kasi tau korang. sebenarnya aku baru je join benda alah ni. aku join masa aku jalan2 kat sorang blog seorang blogger ni.
InsyaAllah tak rugi kalau korang nak join benda ni. kalau tak nak pon tak pe tapi cuba la untuk sebulan ke. kot2 membuahkan hasil. aku pon baru join semalam aku da nampak la sikit hasil tu..

tak salah kan kalau nak cuba.. cara nak join, korang just klik je banner kat bawah ni




pastu korang tgk kat bawah sampai jumpa macam gambar ni


klik yang dibulatkan tu..
 lepastu, korang akan jumpa macam gambar bawah ni

isi je.. pastu check emel..

pastu dia bagi link.. pastu register la ea.. klu rasa cam leceh, click je link kat bawah ni. jangan lupa tlg click banner saya kat sidebar atau kat atas sekali tu..
TERIMA KASIH =)
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?
Make Your Own Gifts Here

Thursday, January 20, 2011

diploma In Quantitative science dalam kenangan

 1st Semester
BEL120 - CONSOLIDATING LANGUAGE SKILLS
CSC134  - COMPUTER AND INFORMATION PROCESSING
CTU101 - FUNDAMENTALS OF ISLAM
ECO162 - MICROECONOMICS
HBU 113 - FIRE BRIGADE I
MAT210 - DISCRETE MATHEMATICS

csc 134, aku belajar pasal komputer, hardware, sofeware, network n so on. mat 210 pulak pasal math yang sangat leceh.. aku  tak suka...

2nd Semester
ACC107 - ACCOUNTING I
BEL260 - PREPARATORY COURSE FOR MUET
CSC125 - FUNDAMENTALS OF COMPUTER PROBLEM SOLVING
CTU151 - ISLAMIC THOUGHT AND CIVILIZATION
HBU 123 - FIRE BRIGADE II
MAT133 - PRE CALCULUS

kalau ACC 107, aku suka sebab akaun.. macam akaun mse SPM la..tapi bezanya fully english.. mat 133 pon cam SPM.. sebijik +math...
Csc 125 - aku belajar coding.. guna Borland C++
yang aku ingat 

#include <iostream.h>
#include <conio.h>
main(){}

coding lain
cout << "Selamat Datang ke Belog Kushidakushi "<<
"Enjoy reading... =)"<<endl;
return 0;
}

contoh...

3rd Semester
BEL311 - ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES
CTU211 - SCIENCE AND TECHNOLOGY IN ISLAM
HSK 115 - VOLLEYBALL 1
ITS250 - INTRODUCTION TO DATABASE DESIGN

MAT149 - CALCULUS I
QMT100 - BASIC STATISTICS

lau part 3, blaja ITS 250.. database.. kena create database sendiri.. ader mini project.. sume database guna microsoft access.. menarik!!
math 149, atau pon calculus 1.. susah sikit dari pre calculus.. nama pon "pre"..
Qmt 100 basic2 statistics lor....

4th Semester
MAT199 - CALCULUS II
MAT263 - LINEAR ALGEBRA I
MGT160 - FUNDAMENTALS OF MANAGEMENT
QMT337 - OPERATIONS RESEARCH
QMT 335 - INTRODUCTION TO FORECASTING

mat 199, aku terasa semakin susah..aku tak suke +math..sereyes.. dari SPM agi.. calculus II banyak sangat2 hafal2.. yang aku ingat yang banyak test tu.. bukan test ujian tau, tapi anak2 topik.. ader ratio test, convergence test, root test.. ape benda ntah lagi.
algebra plak paham2 la..
hurm QMT 337 - menarik jugak sebab pasal project management.. kena banyak b'fikir...
forecast plak kene forecast mse depan la... hehe

5th semester
MAT249 - CALCULUS III
QMT200 - PROBABILITY AND STATISTICS I
QMT339 - SPREEDSHEET MODELLING & DECISION ANALYSIS
MGT340 - HUMAN RESOURCE MANAGEMENT
FIN260 - FUND. OF FINANCE

calculus 3, bagi aku sgt susah.. aduh, dengar calculus pon rase nk muntah.. takut.. sume ade..kena bayang2.. lukis 1 bentuk berdasarkan persamaan yang dia bagi.. pastu, bayangkan tapak dia jadi ape.. rumit la..
HR sangat best, dengan dapat lecturer yang sporting...
finance plak sal financing la...
statistic sambungan QMT 100...susah!!!
6th semester
QMT120 - RESEARCH METHODOLOGY
QMT220 - STATISTICAL METHODS
ITC300 - INTRODUCTION TO INTERACTIVE MULTIMEDIA
ITS 330 - INFORMATION SYSTEM

last2 sem banyak subject membaca.. buat sistem kalau subjek ITS 330.. kitorang kena buat sistem..tau tak sistem tu ape?? ala macam student portal.. yang ader daftar kursus, drop kursus... sume2 la.. internet banking tu pon sistem jugak.. susah x?? tapi aku suke...
Qmt 220 sambungan statistics yang atas2 tu...

gambar2 buku aku..












Sunday, January 16, 2011

Contest jelingan Manja

 

buat pertama kali aku berminat nak join contest... terima kasih kat belog Mine Is Eyna sebab tanpa belog beliau aku tak join contest ni. Tidak dilupa juga kepada da owner blog yang menganjurkan contest ni iaitu cik tentang bulan...

kat sini aku pertaruhkan gambar aku yang ni.. tak de la manja pon..sekadar ingin mencuba..hehe



gambar ni diambil oleh kawan aku masa aku diploma dulu. kalau ada rezeki menang, hadiah tu aku kasi kat adik aku...

kat sini ak tag beberapa orang kawan aku..

1. milimilo
2. annis
3. rathi

 so, kalau korang nak join contest ni masih boleh lagi sebab tarikh tutup penyertaan pada 22 January 2011. 
dan bolehlah korang klik banner kat atas untuk join contest ni...
selamat mencuba... =)

selamat tinggal CALCULUS

salam alaik kepada semua..
harini aku t'rajin untuk ke berapa kali mengupdate belog ni. aku tersangat gembira sekarang ni sebab aku telah tamat diploma aku dalam diploma sains kuantitatif (math). Bagi aku, satu penyeksaan untuk aku habiskan dip course ni. korang nak tahu kenapa?? sebab aku tak boleh nak bawak course ni lagi2 subjek CALCULUS.

sape yang pernah belajar calculus akan tahu la camne belajarnya..
macam aku ambik math, memang terpaksa lah jugak belajar precalculus, calculus I, calculus II dan calculus III.
sebenarnya calculus ni kalau precalculus sejibik cam add math kite masa form 4, form 5 dulu...lepas tu tak ada la nak senang2 dah..

ni la rupa buku aku belajar stahun stengah

tebal kan???


tapi masa aku exam haritu, aku failed calculus 3...sedih sangat2. aku terpaksa ambik supplementary exam..(special exam). seminggu masa untuk cover balik. kami mintak sorang lecturer ni ajar kitorang. bayangkanlah, students tengah cuti sem, tapi dia sanggup ajar kami.. terima kasih en azam..jasamu sangat dikenang. masa hari terakhir belajar, sempat buat jamuan ringan untuk en azam.

ceria aje kan

kek untuk en azam

kenangan yang tidak akan dilupakan

inilah en azam yang comel dan pintar
masa hari kami exam, en azam datang tengok. bagi semangat kat kitorang.. baiknya dia.. tiap2 meja kitorang dia tengok. aku sampai malu nak lukis sebab takut salah..haha...
selepas 3 jam memerah otak, kami dapat 1 sampul surat yang berisi surat....

surat daripada en azam

sedih, terharu, semua perasaan ada bila baca surat ini. aku tak pernah belajar dengan lecturer ni.. inilah 1st time dan terakhir untuk seminggu.. tapi seminggu yang sangat bermakna. tak boleh lupa masa dia cakap dia tak sihat dan terpaksa batalkan kelas.. kesian dia.. aku tak pernah lagi jumpa lecturer sebaik en azam. semoga Allah memberkati usahanya untuk membantu generasi sebelumnya..

tanggal 14 jan 2011, result pun keluar. tersangat lewat dah.. tapi Alhamdulillah aku lulus.. walaupun hanya dapat C dan kami hanya mampu memperoleh C kerana diberi peluang kedua...

akhirnya, tamat lah sesi diploma in quantitative sciences... Alhamdulillah..

Thursday, January 6, 2011

sekolahku..i miss u Sek Raja Perempuan Taayah

sekarang dah 2011. Maknanya sudah 4 tahun aku meninggalkan bumi SERaTA yang tercinta.
Aku bukanlah pelajar yang baik masa dulu.. biasalah bila berada di alam remaja, kenakalan itu adalah perkara biasa..
jom tengok gambar ni..

Halaman sekolah masa aku masih kat sini

keadaan sekarang yang sudah berbeza

 
bangunan depan setelah di renovate


kalau pergi mana-mana, kitorang akan naik bas ni




istimewa untuk semua budak Taayah...
kalau korang nak tahu, aku da lama cari lagu sekolah tapi tak tahu nak download dari mana. Setelah godak2 web sekolah taayah, aku cari code2 yang ada, akhirnya aku jumpe..
nak ke???

Menuju keunggulan cita
Mengorak ke mahligai jaya
Semai tekad bersemangat
Semarak cita mencapai hasrat 

Menyemai akhlak mulia
Bertunas iman dan taqwa
Quran dan Sunnah Panduan
Sahsiah jadi teladan

Serikandi bersatu hati
Berganding dan ikrar janji
SERATA megah berdiri
Nukafihul Lil Majdi 2X 




kalau nak klik DI SINI, lepas tu, korang right click, then save as.
Selesai kan.. tapi aku sarankan korang guna Google Crome..
meh terima kasih kat aku..
 ok la.. selamat ea..
kalau da berjaya download sila komen kat sini, kalau tak berjaya pun bagitahu juga, kot2 aku boleh tolong..
babai....=)

Tuesday, January 4, 2011

sahabat

lab 4, Fakulti Sains Komputer & matematik


Kalaulah aku sentiasa bahagia di dunia, akulah insan yang paling bertuah. Tapi, tak semua yang indah akan kita miliki, tak semua yang buruk itu kita terpaksa tempuhi.
Aku! mesti jadi seorang yang kuat, yang sabar, bukan seorang pengecut yang mudah ditindas.

"Ya Allah, andai dugaan ini adalah asbab dosa-dosaku, ampunilah aku Ya Allah."

Mungkin ini merupakan satu kifarah dosa buatku. Aku redha akan semua. Andai ini merupakan satu jalan untuk Kau menyedarkanku, aku terima dengan hati terbuka. Bimbinglah aku, semoga aku tidak terbabas dari landasan mencari Hidayah daripadaMu.

Untukmu sahabat,
“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan”

Duhai Teman Duhai Sahabatku… 
 
 Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…
 Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…
 Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…
 Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…
 Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…
 Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…
 Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya….

Jiwa Yang Tenang

Bismillahirahmanirrahim
Ya Ayuhal Nafsul Mutmainnah Irji’e Ila Rabbika Radhiyatun Mardhiyah
Fad khuli fi ibadi
Fadkhuli Jannaati
Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kePada Tuhanmu dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu. Masuklah ke syurgaKu.

Setiap kali membaca ayat ini  hati kita pasti tersentap. Kata2 lembut dari Allah, apakah kita layak menerimanya dihujung usia nanti?
Ada tujuh nafsu yang diciptakan Allah untuk manusia. Nafsul mutmainnah, Jiwa yang tenang adalah salah satu darinya ….. hanya ada pada orang yang memilih jalan yang diredhoiNya.
Jiwa yang tenang dipenghujungnya nanti disambut Allah kembali kepangkuannya dalam keadaan yang sangat bahagia dan ditempatkan disyurga hingga kekal abadi.
Jiwa yang tenang….. yang selalu dicari manusia tetapi kita selalu tersilap jalan dalm pencarian. Kita masih seperti anak kecil perlu ditatih supaya tidak terjatuh. Yang memimpin kita bertatih adalah Yang Maha Pencipta sendiri dengan pimpinan penuh kasih sayang, kasih yang lebih besar dari kasih seorang ibu yang memimpin tangan anak kecilnya.
Adakalanya kita terjatuh juga pada masa kita melepaskan diri dari pimpinanNya, namun Dia masih bersabar menghulurkan kasihNya untuk kita. Semakin kita menghampiriNya, semakin pantas Dia menghampiri kita dan Dia meyakinkan kita dengan kata2,
Sayang, Aku berada lebih dekat dari urat lehermu sendiri.”
Ucapan yang sangat mebahagiakan andaikan kita menghayatinya.
Disaat2 kita diganggu kekasaran insan lain, kata-kata lembut dari Yang Maha Penyayang itu menjadi penawar yang amat syahdu.
Kata-kata itu dari Al-Quran yang sering kita lupakan. Al Qur’an mukjizat terhebat hadiah dari Allah untuk ummat Muhammad saw. Kita terpilih menerima hadiah itu tetapi kita jarang menghargainya.
Anak2 kita diajar membacanya tetapi kita terlalai mengajar mereka untuk menghayati kandungannya. Berapa ramai anak remaja kita yang membuka Al-Qur’an dan membaca terjemahannya tanda ia ada keinginan untuk memahaminya…..?!!
Sehari tidak membaca facebook terasa gelisah, tetapi setahun tidak membuka Al-Qur’an anak kita tidak sedikitpun  merasa bersalah. Allah sentiasa melihat kita dengan kasih sayang, tetapi kita sering lalai melihat kitabNya yang penuh pengajaran sebagai balasan terhadap kasihNya pada kita.
Al-Qur’an adalah bicara Allah. Bicara siapa yang lebih hebat untuk dihayati bagi mencari ketenangan kalau bukan bicara suci itu.
Mafhum Surah As Sajda
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu
menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil
merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkar dulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan
amal-amal yang baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin.
Allah Maha Adil. Jiwa yang tenang itu diberikanNya kepada setiap insan. Tetapi kerana kealpaan kita menjaga dan menyuburkannya, kita membiarkannya tertanam di bawah, ditindih kuat  oleh nafsu amarah.   Iblis laknatullah itu zalim. Iblis tidak mahu manusia memilikkinya lalu membantu sang nafsu agar jiwa yang tenang tidak bisa keluar menguasai diri.
Jiwa yang tenang perlu dibantu untuk bangkit kerana ia sedang menderita dihimpit nafsu perosak itu . Nafsu perosak perlu dibuang untuk memberi ruang kepada jiwa yang tenang berada di atas, di tempat yang selayaknya dia berada….dalam minda yang sihat yang sentiasa mencari ilmu penyuluh hidup.

Monday, January 3, 2011

terima kasih..

kesian dia melayan aku. Aku mengganggu di tengah kesibukanya. Maaf dipinta andai aku telah mencuri tiap saat waktumu, terpaksa mengerah keringat untuk membantuku seluruhnya.. Semoga Allah sahaja dapat membalas segala jasamu..

sedikit cetusan dari hati nuraniku..
TERIMA KASIH segalanya...



ikhlas dariku untukmu..
Nurul Shahidah
Lagu Sekolah Raja Perempuan Taayah,Ipoh