Thursday, March 7, 2013

tempat kerja baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Sudah sekian lama belog ni tidak berupdate. Dan sepanjang tempoh itu macam-macam telah berlaku.

Aku officially resign from ofis lama before Chinese New Year.. Then aku kerja di sebuah syarikat interior design.. Mungkin jodoh aku tak lama disana. Tidak sampai sebulan saya telah berhenti kerja.. Bukan aku suka untuk berhenti dan berhenti tapi aku memikirkan masa depan aku. Mungkin orang akan cakap yang aku ni terlalu memilih. Tapi hakikatnya tidak sama sekali.

Company yang aku kerja semenjak aku datang ke KL

1st . Safety Services & Logistics Sdn Bhd.
  • suasana yang best
  • everything I learn from there
  • Boss yang tak kedekut naikkan gaji
  • Ilmu yang aku belajar kat sana aku belajar sampai sekarang.
  • Kawan2 ofis yang baik
2nd. Kazoku Collection Sdn Bhd
  • menitik beratkan agama
  • mengajak aku menutup aurat
  • Solat Wajib & Solat Dhuha diutamakan.
3rd. Sailfield Pipe Engineering
  • Company kawan baik bos aku yang 1st
  • Bos aku yang 1st yang rekemen aku masuk ofis ni
  • Sambil buat kerja boleh dengar radio
  • Bos yang baik
  • kerja yang sama macam kat company 1st.
So, conclusionnye, semua tempat yang aku kerja semua ada kelebihan.. aku mencari yang terbaik dari yang terbaik...
ni la resume aku da latest. aku print kat kertas keras.. cam sijil dah..

Ok la korang.. salam


Sunday, August 12, 2012

Permulaan kerja

Pada tanggal 28 May 2012, aku start kerja di sebuah syarikat Fire Consultant. Aku bekerja sebagai Admin & Account Clerk. Actually, gaji yang diberi agak memuaskan coz gaji akan naik berdasarkan performance pekerja. Tapi aku takut sebab bos garang.

Alhamdulillah, sepanjang bekerja aku tak bagi masalah yang besar cuma kadang2 silap kecil (normal coz baru start kerja).

Aku seronok gak kerja kat sini. Baru-baru ni aku baru dapat bonus even aku baru 2 bulan bekerja. InsyaAllah after 3 month, my salary maybe increase to RM18** (berangan lebih) @ mungkin RM2*** (ni lagi terlebih berangan). Doa2 la moga gaji aku naik. Aku menanti confirmation letter aku, so baru aku dapat tau gaji aku.

Pengalaman yang aku tak dapat lupa

Admin sorang ni cuti, so aku la nak kena angkat phone call. Tiba2.. Kring.. Kring..

Aku : Hello.
No Name : Can i speak to Edison?
Aku : Hold on, please. (Aku check dia ada kat tempat x)

then, aku continue...

Aku : Edison tak ade la...
No Name : Owh ok. Are you Nina?
Aku : No. Nurul.
No Name : Can you tell him to call me when he come back? I'm Frederic.
Aku : Ok.

Aiyo, rupa-rupanya yang call tu orang Australia. Boleh pulak aku cakap BM dengan dia.
After kejadian tu, aku tau dah suara dia, tapi aku tetap cakap rojak dengan dia. I think he can understand coz he's from Indonesia but worked in Australia.

Tuesday, May 1, 2012

BERSAWANG

lama gile aku tak update blog ni.. dah bersawang2..
rindu sangat nak tulis macam2 tp i have no idea...

but.... my story begin....

Aku menulis, aku berfikir, aku terfikir... siapakah aku?
Adakah aku seorang yang kuat dan tabah mengharungi liku-liku hidupku.
Aku bencikan dia. Aku menyampah dengannya. Kenapa dia boleh muncul dalam hidupku. Kadang-kadang aku memerlukannya. Tapi kenapa dia selalu menyakiti hatiku? Dia muncul sebagai manusia yang paling hebat, paling sempurna. Ramai memujinya, suka berkawan dengannya.

Dia sangat cantik. Pandai berkata-kata. Setiap kata-katanya membuatkan orang terpesona, menghormatinya. Aku sangat mengenalinya. Disaat aku di perkotak-katikkan olehnya, aku berduka. Aku tidak sangka dia begitu. Disaat aku sangat menghormatinya, dia memusnahkan rasa hormatku padanya. Kenapa dia sanggup berdusta demi mendapat perhatian, demi dihormati. Adakah kita perlu berdusta untuk dihormati?

Aku memerhatikannya dari jauh.Melihat setiap gerak gerinya, melihat setiap perbuatannya..

Kalaulah semua orang tahu siapakah dia, sudah tentu dia tahu apakah erti hidup dalam kejujuran.
Baliklah padaNya sahabat..

Tuesday, November 22, 2011

design banner

haritu aku design banner someone.. semua hasil bantuan wife x-majikan aku... thanks k.shim..
ni dy...

hasil kerja aku

so spe2 nak soh aku jadi designer sambilan contact la aku...

Thursday, October 27, 2011

aku seorang penganggur

sekarang aku dah menganggur.. aku nak cari keje..tapi xtahu nak keje ape. sebelum ni aku keje kat pusat motivasi attaqwa.
rindu la pulak kat budak2 kat sane..
ape2 pon be happy n happy.



Monday, August 15, 2011

HIMPUNAN MUNAJAT UMAT

HIMPUNAN MUNAJAT UMAT
Tarikh : 20-21 0g0s 2011
Tempat : kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa), Air Terjun Sg.Meru, Off Taman Meru 2C, Jelapang, Ipoh.
Peserta : terbuka semua muslimin muslimat secara PERCUMA
TENTATIF:
6.00 ptg : Check in bg yang menginap (PENGINAPAN PERCUMA)
7.00mlm : bacaan Tahlil
7.30mlm : berbuka puasa (menu: nasi beriani ayam, kurma kambing) & solat maghrib
8.40mlm:solat isyak, tarawikh (imam muda Ust Hizbur Rahman)
10.00mlm: ceramah perdana Nuzul Quran Ust Hizbur Rahman
11.00 mlm: minum malam / Tidur
4.00pg: Qiamullail Ust khairul Ikhwan Zaki (Ust Budak Besar Kelantan)
5.15pg: bersahur
5.50pg: solat & Kuliah Subuh YB Dato’ Seri Ir. Hj Muhammad Nizar Jamaluddin
9.00 pg: kuliah Dhuha Ust Hizbur Rahman
10.00 pg: Kuliah Dhuha Ust Khairul Ikhwan Zaki
11.00 pg: Kuliah Dhuha Ust Idris Ismail Al Hafiz (Bagan Serai)
12.00 tgh hr: Bersurai

Sunday, July 24, 2011

skin laptop untuk dijual

salam alaik pembuka bicara..
hari ini ana nak promote 1 skin laptop.. sesiapa yang berminat bolehlah hubungi ana dengan sms/call di talian 0135832150 @ 0175579491..




Sunday, June 26, 2011

maaf kepada peserta kontes muka paling masam

salam diucap.. maaf kepada semua pemenang kontes muka paling masam..hadiah pemenang masih dalam proses.. harap dapat bersabar kerana saya dan en suhail sangat sibuk..InsyaAllah masanya akan tiba.. dont worry =)

Thursday, June 2, 2011

konvokesyen uitm 74

aritu 14 mei aku konvo kat uitm seri iskandar...
tamatlah sudah pengajian aku diploma sains kuantitatif (matematik)





Thursday, April 21, 2011

aku jadi ustazah

assalamualaikum..
korang, maaf coz aku dah lame tak update blog..tapi siyes aku busy dah sekarang ni.
pada 13 Apr lalu, aku ditawarkan jadi guru Al-Quran & Fardhu ain.

hari minggu dok tasmik budak2 tahfiz.
aku terasa janggal & kelakar bila diyorang panggil aku ustazah shida..
aku keje kat sebuah pusat motivasi.

kot2 korang nak buat camping ke, aktiviti reunion ke nak wat kat tempat ni boleh la gitau kat aku.. nanti aku cerita. best sangat. ada sungai...

ni sungai nye..

Sunday, April 10, 2011

mari berta'aruf....my official facebook

Assalamualaikum..
sebelum tu, aku nak umumkan secara tak suspen pemenang Kontes Muka Paling Masam yang telah aku anjurkan. Banyak rungutan yang aku terima tentang tak boleh nak play VIDEO yang aku penat2 buat tu. cian kat aku. so dengan sukacitanya untuk kali ke 2, 3 pemenang yang bertuah tu ialah..


PESANAN KEPADA PEMENANG
sudilah kiranya anda mengisi Nama, Alamat, & No tel di ruang "Contact Me" yang terdapat dibawah header blog ini bagi tujuan pemberian hadiah..terima kasih...

ok. settle...
so, yang kedua, aku nak kenalkan fb rasmi aku yg baru.. so, sape2 yang nak bertaaruf, nak berukhwah, tmbah kwn kot2 boleh jadi kawan baik boleh la add aku dengan search feothiza@hotmail.com.




Pusat Motivasi At-Taqwa, kawan pertama aku. Dia add aku sebab aku ada mintak keje kat situ..... So, facebook ni bukan fb peribadi sangat. sebab, aku buat fb ni, yang tak kenal pon boleh add.. fb aku lagi 1 memag sangat peribadi n kawan2 sekolah aku yg aku kenal je ada..kebanyakan...

jemput2 la ea...Salam

Saturday, April 9, 2011

hasil karyaku..jom komen...

Assalamualaikum. Hari ni aku nak tunjuk korang video yang aku kena anta kat lecturer aku mase Diploma dulu. Ni adalah mini projek bagi subject Interactive Multimedia.
Pelakon2 dalam video ini terdiri daripada mak aku, adik aku & kawan2 adik aku...
SAKSIKAN........






komen la tau....

Friday, April 8, 2011

pemenang kontes muka paling masam

Assalamualaikum. Maaf kerana terlewat untuk umumkan pemenang Kontes Muka Paling Masam.

Dengan sukacitanya, 3 yang bertuah itu adalah..............



kepada peserta yang tiada gambar dalam video ini, terima kasih kerana sudi join. Mungkin belum rezeki korang..cuba lain kali ea.

video ni ak wat kol 10.00pm, 7 Apr 2011.. siap kol 2.. simple je sbb penat..hehe..sebab tu tak lawa.

PESANAN KEPADA PEMENANG
sudilah kiranya anda mengisi Nama, Alamat, & No tel di ruang "Contact Me" yang terdapat dibawah header blog ini bagi tujuan pemberian hadiah..terima kasih...

Tuesday, April 5, 2011

family yang disayangi

salam.

sekarang aku nak kenalkan korang dengan ahli keluarga aku..
Alhamdulillah pasangan En Arshad dan Pn Juniadah telah dikurniakan 9 orang anak, 2 menantu dan 3 cucu.


abah dan mak

abg sulung dgn isteri, k.ita

ni la anak buah aku muhammad faidi fakrullah

ni pulak kakak aku. anak ke 2..dengan laki dia abg fauzi

ni anaknye Nurul Aisyah Dalisya
anak dia sorang lagi baru lahir minggu lepas..lelaki..so, tak ade gambar lagi

yang tgh2 tu a.adi anak ke 3 & yang kiri abangcik anak ke 4

ni gambar aku beberapa tahun dulu.. aku anak ke 5

baju merah ni adik aku ijah.. anak ke 6

ni adik aku, anak ke 7, Mohd Nur Akhmal, (PMR)

adik aku, anak ke 8, Muhamad Nur Ehsan, Tingkatan 1

ni adik aku yg bongsu, Muhammad Amirul Hakimi, Darjah 3
sekian........=)

keputusan kontes muka paling masam


salam

maaf semua kerana buat korang tertunggu-tunggu.
untuk pengetahuan kontes muka paling masam akan diadili oleh en suhail anwar.."pensponsor hadiah"
kerana en momok sgt sibuk.

so, keputusan akan diumumkan pada
''
''
''
''
''
''
06 April 2011
InsyaAllah

dan paling lewat akan diumumkan pada
07 April 2011
Harap kepada peserta dapat bersabar.
Sebarang salah silap didahulukan dengan Maaf..
Assalamualaikum



Saturday, March 26, 2011

keputusan SPM Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh

pintu gerbang Sekolah Raja Perempuan Taayah




jom kita tengok keputusan mereka


wajah gembira tenaga pengajar.."teacher salwani"


cikgu umi maznom
wajah-wajah pelajar cemerlang sekolah raja perempuan Taayah, Ipoh


Temuramah pelajar terbaik (Noor Shahira) oleh TV Al Hijrah

 Nur Afini, Nur Raihanah, Nur Liyana, Nurul Farhana, Noor Shahira, Siti Nadhirah, Najwa, Nurul Ain, Hannis

12 orang pelajar mendapat straight A....
Duduk dari kiri Farhana, Nur Izzah, Nurlaiqa, Hannis, Nurul Ain
Berdiri dari kini, PK HEM, Hajjah Ummi Maznom, Nur Afini, Liyana, Najwa, Nur Raihanah, Siti Nadhirah, Nur Hazwani, Noor Shahira, PK Pentadbiran Hajjah Noor Aini

Berikut adalah senarai Pelajar Terbaik SPM 2010 dengan keputusan 12A
1.  Noor Shahira bt. Ahmad Kamal  9A+  2A   1A-
2. Nurul Ain bt. Hamzah 6A+ 6 A
3. Siti Nadhirah bt. Zahari   3A+  6A  3A-
4. Nurul Farhana bt. Mohd Amin 4A+ 6A 2A-
5. Hannis NurulAinie bt. Mat Som  4A+ 4A  4A-
6. Najwa bt. Shahrir   4A+  5A  3A-
7. Nur Liyana bt. Malek   4A+  5A  3A-
8. Nur Raihanah bt. Mohd Shobri  2A+ 6A 4A-
9. Nur Afini bt. Razali 3A+ 4A  5A-
Straight A untuk kelas Thanawi
1. Nur 'Izzah bt. Mohamad Zahid 4A+ 7A
2. Nurzulaiqa bt. Nazri 4A+ 6A
3. Nur Hazwani bt. Rifai  4A+ 2A 4A-
Prestasi Sekolah-Sekolah Negeri Perak Mengikut Gred Purata Sekolah GPS
1. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1.63
2. SPP Intergrasi Gopeng  1.94
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) 2.01
4. SMK Bagan Datoh 2.13
5. SMK Sains Raja Tun Azlah Shah (SERATAS) 2.19
6. SM Sains Teluk Intan 2.25
7. Sekolah Raja Perempuan Taayah 2.40
8. Sek. Izzuddin Shah 2.56
9. SMKA Kerian Semanggol 2.71
10. SMK Ave Maria Convent Ipoh 2.75
Tahniah kerana sekolah taayah menduduki tempat ke tujuh dan juga merupakan sekolah agama terbaik negeri perak.

Sekolah ICT Terbaik Perak
Tahniah juga kepada pelajar ICT 2010 kerana berjaya merampas kembali tempat pertama dengan ini sekolah Raja Perempuan Taayah adalah sekolah Subjek ICT terbaik negeri perak. Terdapat 50 buah sekolah yang menawarkan subjek ICT dinegeri perak. Terima kasih kepada pelajar ICT tahun 2010 kerana berjaya mengharumkan nama sekolah.
Keputusan penuh SPM 2010



Tuesday, March 22, 2011

register churpchurp dapat duit

assalamualaikum
hati ini aku nak promote korang churpchurp. aku pon kurang arif pasal ni. tapi yang pasti tak rugi pon korang join ni.
tak keluar modal apa2..

so, segalanya akan korang tahu bila register.. sila klik gambar  bawah ni untuk register

lain-lain aktiviti churpchurp

DIGI

IPHONE 4

Earn points five times more with just a simple step!

If only travelling is an occupation.. Don't we all wish the same?

Guess the guest!

Cash Me!!

ok, try la.... belum cuba belum tahu =)

Saturday, March 19, 2011

hari ini...aku....

assalamualaikum semua..
hari ini aku tanam pokok bunga nak letak keliling rumah aku.. tapi aku cari tanah dulu untuk semai pokok tu dulu..
teringat masa aku sekolah rendah dulu, aku suka korek tanah guna cangkul nak cari cacing. saje suka2...

hari ini aku korek tanah nak tanam bunga..jumpa cacing..haha...

ni la rupa cacing..
aku pegang cacing sebab nak bagi burung makan tadi..tapi burung tu cam tak nak makan je..kesian aku..
k la babai.. ntah pape je post pasal cacing...da........
Lagu Sekolah Raja Perempuan Taayah,Ipoh