Sunday, January 16, 2011

selamat tinggal CALCULUS

salam alaik kepada semua..
harini aku t'rajin untuk ke berapa kali mengupdate belog ni. aku tersangat gembira sekarang ni sebab aku telah tamat diploma aku dalam diploma sains kuantitatif (math). Bagi aku, satu penyeksaan untuk aku habiskan dip course ni. korang nak tahu kenapa?? sebab aku tak boleh nak bawak course ni lagi2 subjek CALCULUS.

sape yang pernah belajar calculus akan tahu la camne belajarnya..
macam aku ambik math, memang terpaksa lah jugak belajar precalculus, calculus I, calculus II dan calculus III.
sebenarnya calculus ni kalau precalculus sejibik cam add math kite masa form 4, form 5 dulu...lepas tu tak ada la nak senang2 dah..

ni la rupa buku aku belajar stahun stengah

tebal kan???


tapi masa aku exam haritu, aku failed calculus 3...sedih sangat2. aku terpaksa ambik supplementary exam..(special exam). seminggu masa untuk cover balik. kami mintak sorang lecturer ni ajar kitorang. bayangkanlah, students tengah cuti sem, tapi dia sanggup ajar kami.. terima kasih en azam..jasamu sangat dikenang. masa hari terakhir belajar, sempat buat jamuan ringan untuk en azam.

ceria aje kan

kek untuk en azam

kenangan yang tidak akan dilupakan

inilah en azam yang comel dan pintar
masa hari kami exam, en azam datang tengok. bagi semangat kat kitorang.. baiknya dia.. tiap2 meja kitorang dia tengok. aku sampai malu nak lukis sebab takut salah..haha...
selepas 3 jam memerah otak, kami dapat 1 sampul surat yang berisi surat....

surat daripada en azam

sedih, terharu, semua perasaan ada bila baca surat ini. aku tak pernah belajar dengan lecturer ni.. inilah 1st time dan terakhir untuk seminggu.. tapi seminggu yang sangat bermakna. tak boleh lupa masa dia cakap dia tak sihat dan terpaksa batalkan kelas.. kesian dia.. aku tak pernah lagi jumpa lecturer sebaik en azam. semoga Allah memberkati usahanya untuk membantu generasi sebelumnya..

tanggal 14 jan 2011, result pun keluar. tersangat lewat dah.. tapi Alhamdulillah aku lulus.. walaupun hanya dapat C dan kami hanya mampu memperoleh C kerana diberi peluang kedua...

akhirnya, tamat lah sesi diploma in quantitative sciences... Alhamdulillah..

3 comments:

  1. wah! hensemnyer lecturer tu. hehe...

    ReplyDelete
  2. last day yang paling menyentuh perasan...
    huuu..huuu..sedey pulak tgk teha x lepas....?!!

    ReplyDelete

Lagu Sekolah Raja Perempuan Taayah,Ipoh