Tuesday, January 4, 2011

sahabat

lab 4, Fakulti Sains Komputer & matematik


Kalaulah aku sentiasa bahagia di dunia, akulah insan yang paling bertuah. Tapi, tak semua yang indah akan kita miliki, tak semua yang buruk itu kita terpaksa tempuhi.
Aku! mesti jadi seorang yang kuat, yang sabar, bukan seorang pengecut yang mudah ditindas.

"Ya Allah, andai dugaan ini adalah asbab dosa-dosaku, ampunilah aku Ya Allah."

Mungkin ini merupakan satu kifarah dosa buatku. Aku redha akan semua. Andai ini merupakan satu jalan untuk Kau menyedarkanku, aku terima dengan hati terbuka. Bimbinglah aku, semoga aku tidak terbabas dari landasan mencari Hidayah daripadaMu.

Untukmu sahabat,
“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan”

Duhai Teman Duhai Sahabatku… 
 
 Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…
 Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…
 Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…
 Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…
 Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…
 Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…
 Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya….

3 comments:

  1. heee..nice! i like it..:-) pandai berpuisi?

    ReplyDelete
  2. ish..xder la..mane de..puisi 2 copy..yang lain luahan perasaan je...anyway. u r da 1st one comment here...thanks

    ReplyDelete

Lagu Sekolah Raja Perempuan Taayah,Ipoh