Tuesday, February 22, 2011

Istilah SALAM, kenapa diSalah ertikan??

salam
banyak aku baca pasal istilah salam. sebenarnya, aku nak bincang topik ni dah lama, tapi tak berkesempatan.

1st, aku tertanya2 kenapa perkataan salam tidak boleh digunakan?
walaupun orang cakap perkataan salam tidak boleh digunakan aku tetap juga guna kerana aku rasa perkataan salam ini memberi erti yang baik.

jadi, aku kobek2 balik, cari balik kamus aku, yang aku gunakan masa kat taayah dulu. Yes, aku jumpa!
kamus Al-Jadid Arab Melayu, penerbitan seri kota, cetakan yang ke lima pada 2001. Budak2 taayah tahu la kot...

kamus yang digunakan dr form1 sampai form5
aku mencari perkatan salam..
aku jumpa salam @ salamun (sin lam alif mim) m/s 120 kamus al jadid.
yang memberi maksud : ucap salam (selamat)

then, perkataan sallama, yusallimu, (tasliman)
yang membawa maksud : menyerah (sesuatu), memberi salam, mengucap salam.

kalau kita tengok daripada perkataan Assalamualaikum yang bermaksud sejahtera ke atas kamu..
Assalam @ salam : sejahtera
alaikum : ke atas kamu

kamu itu siapa pula?
kamu itu adalah kum, ganti diri yang ke 3.. untuk jamak muzakkar (lelaki)..
kunna untuk jamak muannas (perempuan)..

kalau lelaki + perempuan guna jamak muzakkar..

so, tak salah kan menggunakan perkataan salam. semoga penulisan aku memberi manfaat kepada semua.
salah silap harap dimaafi, teguran anda amat bermakna...
ma'assalamah




1 comment:

Lagu Sekolah Raja Perempuan Taayah,Ipoh