Tuesday, December 28, 2010

hari terakhir di rumah kakak

hari ni aku tinggal sorang2 lagi bersama aisyah. kakak aku pergi test lesen, dan abang ipar aku pergi kerja.
sarapan aku pagi ni bihun goreng dengan telur mata. kenyang la jugak, Alhamdulillah. macam biasa aku kena layan aisyah. tadi makcik aku call tanya bila nak balik rumah. aku cakap petang atau malam. mak cik aku kena pergi terengganu. dia baru dapat tawaran jururawat setelah sekian lama menunggu panggilan SPA. tercapai juga hasrat mak cik aku..

mak cik aku
terkejut tak tengok gambar makcik aku??? kecik kan??? muda kan??? mak cik korang mesti dah tua2..haha..memain je. Actually, ni makcik tiri aku. Dan kitorang kena panggil mak long. Tok muda aku selalu suruh panggil mak long. tapi aku tak pernah panggil. adik beradik aku pun tak pernah panggil mak long. kitorang panggil "zila" je. dia ni sebaya dengan adik aku, lahir tahun 1990. Muda setahun je dari aku. Habis sudah cerita pasal zila ni.

kita buka cerita pasal aisyah pulak. Aku tak tahu sekarang dia buat apa sebab aku kat dalam bilik. aku rasa dia tengah tengok cerita Tom and Jerry.. sapa yang tak tahu ni la Tom and Jerry

tengok la ea

sekarang korang dah tahu kan. aisyah hari ini lambat mandi. susah betul nak suruh dia mandi.. dia tak habis2 suruh aku bagi dia ais krim.puas mengelak tapi dia nak jugak. bukan aku tak nak kasi, tapi dia selesema.

ni la rupa bila dah dapat aiskrim



tengok la baju dia



dah dapat makan aiskrim baru dia nak mandi. itu pun aku terpaksa bawak 2 ekor ni mandi bersama2.

dolphin dan wiranya..
selalunya aku bawak dolphin je dy dah nak mandi. kadang2 bawak ultramannya. tapi arini kena dua2.. sekarang ni aisyah dah tidor. agaknya mengantuk sangat tu. inilah hasilnya selepas aku bagi mandi...







ok la korang. aku nak sidai baju ni. tq coz always follow this blog.. Assalamualaikum 









No comments:

Post a Comment

Lagu Sekolah Raja Perempuan Taayah,Ipoh