Thursday, March 7, 2013

tempat kerja baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Sudah sekian lama belog ni tidak berupdate. Dan sepanjang tempoh itu macam-macam telah berlaku.

Aku officially resign from ofis lama before Chinese New Year.. Then aku kerja di sebuah syarikat interior design.. Mungkin jodoh aku tak lama disana. Tidak sampai sebulan saya telah berhenti kerja.. Bukan aku suka untuk berhenti dan berhenti tapi aku memikirkan masa depan aku. Mungkin orang akan cakap yang aku ni terlalu memilih. Tapi hakikatnya tidak sama sekali.

Company yang aku kerja semenjak aku datang ke KL

1st . Safety Services & Logistics Sdn Bhd.
  • suasana yang best
  • everything I learn from there
  • Boss yang tak kedekut naikkan gaji
  • Ilmu yang aku belajar kat sana aku belajar sampai sekarang.
  • Kawan2 ofis yang baik
2nd. Kazoku Collection Sdn Bhd
  • menitik beratkan agama
  • mengajak aku menutup aurat
  • Solat Wajib & Solat Dhuha diutamakan.
3rd. Sailfield Pipe Engineering
  • Company kawan baik bos aku yang 1st
  • Bos aku yang 1st yang rekemen aku masuk ofis ni
  • Sambil buat kerja boleh dengar radio
  • Bos yang baik
  • kerja yang sama macam kat company 1st.
So, conclusionnye, semua tempat yang aku kerja semua ada kelebihan.. aku mencari yang terbaik dari yang terbaik...
ni la resume aku da latest. aku print kat kertas keras.. cam sijil dah..

Ok la korang.. salam


Sunday, August 12, 2012

Permulaan kerja

Pada tanggal 28 May 2012, aku start kerja di sebuah syarikat Fire Consultant. Aku bekerja sebagai Admin & Account Clerk. Actually, gaji yang diberi agak memuaskan coz gaji akan naik berdasarkan performance pekerja. Tapi aku takut sebab bos garang.

Alhamdulillah, sepanjang bekerja aku tak bagi masalah yang besar cuma kadang2 silap kecil (normal coz baru start kerja).

Aku seronok gak kerja kat sini. Baru-baru ni aku baru dapat bonus even aku baru 2 bulan bekerja. InsyaAllah after 3 month, my salary maybe increase to RM18** (berangan lebih) @ mungkin RM2*** (ni lagi terlebih berangan). Doa2 la moga gaji aku naik. Aku menanti confirmation letter aku, so baru aku dapat tau gaji aku.

Pengalaman yang aku tak dapat lupa

Admin sorang ni cuti, so aku la nak kena angkat phone call. Tiba2.. Kring.. Kring..

Aku : Hello.
No Name : Can i speak to Edison?
Aku : Hold on, please. (Aku check dia ada kat tempat x)

then, aku continue...

Aku : Edison tak ade la...
No Name : Owh ok. Are you Nina?
Aku : No. Nurul.
No Name : Can you tell him to call me when he come back? I'm Frederic.
Aku : Ok.

Aiyo, rupa-rupanya yang call tu orang Australia. Boleh pulak aku cakap BM dengan dia.
After kejadian tu, aku tau dah suara dia, tapi aku tetap cakap rojak dengan dia. I think he can understand coz he's from Indonesia but worked in Australia.

Tuesday, May 1, 2012

BERSAWANG

lama gile aku tak update blog ni.. dah bersawang2..
rindu sangat nak tulis macam2 tp i have no idea...

but.... my story begin....

Aku menulis, aku berfikir, aku terfikir... siapakah aku?
Adakah aku seorang yang kuat dan tabah mengharungi liku-liku hidupku.
Aku bencikan dia. Aku menyampah dengannya. Kenapa dia boleh muncul dalam hidupku. Kadang-kadang aku memerlukannya. Tapi kenapa dia selalu menyakiti hatiku? Dia muncul sebagai manusia yang paling hebat, paling sempurna. Ramai memujinya, suka berkawan dengannya.

Dia sangat cantik. Pandai berkata-kata. Setiap kata-katanya membuatkan orang terpesona, menghormatinya. Aku sangat mengenalinya. Disaat aku di perkotak-katikkan olehnya, aku berduka. Aku tidak sangka dia begitu. Disaat aku sangat menghormatinya, dia memusnahkan rasa hormatku padanya. Kenapa dia sanggup berdusta demi mendapat perhatian, demi dihormati. Adakah kita perlu berdusta untuk dihormati?

Aku memerhatikannya dari jauh.Melihat setiap gerak gerinya, melihat setiap perbuatannya..

Kalaulah semua orang tahu siapakah dia, sudah tentu dia tahu apakah erti hidup dalam kejujuran.
Baliklah padaNya sahabat..
Lagu Sekolah Raja Perempuan Taayah,Ipoh